Tuesday 27 November 2012

Mengalami keserbasalahan....

Assalammualaikum wbt,

Ye ye..sy tgh mengalami keserbasalahan....dan akhirnya dgn bantuan kwn2 sy berjaya menyelesaikan nye...kuikuikuikui...

Mari, nk story mory skit..mcm ni, 3 feb 2013(khelass kan..2012 x abis lg,kau dh sibuk pasal thn 2013...overtau..muahaha) nanti ade 2 wedding. yg kawen tu msing2 diketegorikan sebagai kawan baek.sorang die PENANG sorang di KL. mmg agak payah nk buat keputusan actually..msg kate takdpt pg,sorang sedih,sorang nk mara,takpg dua2 kang baru tau.eceh2!!!tak mungkin AZNI smpi hati nk buat mcm tu kan....(har har..gelak jahat plssss)..

Setelah berbincang2 dgn encik, so kami dh buat keputusan dengan adil dan saksama..kuikui,Pada 2 feb 13 (sbtu) tu, sy akan pg majlis NIKAH di KL. Dan encik akan pg majlis bertandang pada keesokannya 3 feb 13(ahad).Dan sy akan berangkt ke PENANG utk menghadiri majlis perkahwinan kwn baek sy disana.

Actually, majlis di KL adalah kwn sekolah encik dan sedara mara kami jgk..Kami sekg dan disbbkn sy baek dgn bakal isteri nya,jd serbasalah untuk tidak menghadiri majlis mereka. So, kirenya tak ralat sgt la,sbb dh attend majlis nikah..So,majlis pd ahadnya tu,wakil kn encik..ok.settle 1 hal.. 

Hal lain menjelma iaitu, untuk ke PENANG,adakah sy mahu pergi seorang diri?confirm2 mak ayah x bg klu encik tak folow skli..blh potong jari lah..(ok..ni ayat over.abaikan..) So, utk itu,sy telah mintak tlong kwn baek sy dioffice iaitu cik aisha yg kuit muit dan anis yg cun melecun skli ke PENANG.(sorang single lg sorang tak single lg..sape nk berkenalan utk yg single saja sila tinggal kn num phone..sekian

So, kami tidak akan bermalam di PENANG..Blk hari..haaaa?!persoalanya,sempat kah??hahaha... Dgn pelbagai idea yg dilontarkan,so sebuah keputusan yg sgt berbaloi di hasilkan...muahahhaa.. Kami akan naik flight pada pukul 845am ahad(3 Feb 13).dan landing around kul 945am. Smpi di penang ade 2 option, sama ada sewa kete ataupun mintak bantuan abg ipar aishah utk pickup kami di airport..tp kami rase akan sewa kete,senang utk bergerak sndiri..then,akan lepak jp umah kakak aisha,sbb wedding bermula jp 630pm.

Kami set time utk blk dr wedding tu kul 900pm. Sbb kami akan blk naik keretapi di Butterworth. Jd utk tidak ketinggalan train terpakse blk kul 900pm sharp. Then naik feri terus smpi ke station keretapi. Info nih aisha yg bgtau. Sbb sy taktau..syukur ade kwn yg reti..huhu..dan kami akan bermalam di dalam keretapi aje..

Sgt berbaloi perjalanan kami..padat n efisen..haha.. Ape tunggu lg, marilah folow pergerakan kami..hihihi...

*nasib airasia buat promo ullos....jimat...tiket rm26.11.

Monday 26 November 2012

4 jenis makanan membuatkn anda kurus.

Assalammualaikum wbt...

Post ni bkn nk memerli ke ape ok...just nk share kpd sesiapa yg terasa nk kurus kn badan tanpa mengeluarkn duit yang byk.. td google2 terjumpe bnde ni... So let's cek it out :

Teh hijau
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.
Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.
Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.
Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.
Limau gedang
BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.
Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.
Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.
Cuka
CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.
Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.
Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).
Pengarang buku, Khasiat Cuka – Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.
Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.
Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.
Halia
SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.
Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Maxis sucks

Assalammualaikum wbt..

Aku benggang btul dgn maxis..Sbb,bill maxis smpi 1k lebih..serious membazir wey..ish..menyesal tukar ke MAXIS rasenye.. tak kire..lps ni aku nk tukar amk celcom..pg jahanam dgn kau maxis. 

Actually, aku gune family plan.ayah mak aku n akak aku sorang..first bill after gune ok lg.after 2 month pki pehh..melambung2 mcm haremmm dierong charge.pastu call bapak aku nk blok line bagai..paneh la hati member..blk kne bebel dgn bapak..adehhh...pasrah je la...then die suh byr rm500 klu tak nk dierong blok line..then mintak dierong blok internt services utk aku n kakak aku..so pg memane mmg mengharap simpati wifi..bagaikan idup sunyi tanpa internt services..puii!!

Semlm around 4 lebih dpt sms,blh cek bill..aku pun semangt la cek,mesti dh kurang,sbb tak gune internt service..skli,1k lebih jgk!hambik kau!!rase mcm darah naik ke mukeeeee...tp buat rileks2 je lg..blk br nk call..klu call dkt office,aku maki orng tu orng lain pasan plk..ilang lah kesopanan i....kuikuikui..

blk je mak aku dh start bebel, ayah kau call mak blablablabla(bebel pasal bill maxis,membazir je byr byk2..blahblabla...pastu orng tu suh byr rm700 blablabla..byr lg?!...klu bsk tak byr line kne blok..blahhblablba....WTF)..Sekli lg hati aku dh paneh..pastu dgn adk aku ngadu internet takleh gune plk sejak pg td.....grrrrrrrrrrrr......(2x paneh hati).nsib baek customer services tu ckp penuh kesopanan time call..selamaattttt...

Settle hal internt,aku call maxis.bapak kemain lama nk tunggu dierong respon...prtffffffffff..then aku mintak dierong terang kn nape bill aku smpi 1k lebih..dan jwapan die sgt senang aku tak byr!huh!kau mmg mintak ber das2 tembakan dr aku nmpk nye.. Aku pun start laaaaaa.....membebel!halal haram semua masuk dah....ishhhh....Serious benggang tahap hantu CINA punye....


Kali ni mmg aku tak kan byr sesuka hati..nk suruh dierong justify satu persatu ape yg ade dlm bill tu..lantak lah!dlu promote bkn main semangat...choii...pastu tekan bill org mcm orng gila.tak byr nk blok..kpala otak berjambul!arghh!!

Sunday 25 November 2012

sblum bangun pg gosok gigi.

Assalammualaikum wbt,

hai..penah tak terpkir knape bgn pg kne gosok gg?!sbb.....mulut kn busuk,air liur basi kuar time tido.tu kne gosok gg..nanti klu ckp orng sblah leh pengsan 3 jam..ok tipu...time sek rendah dlu,nurse dtg sekolah ajar cara2 gosok gg,pastu explain pasal cara2 jg gigi.pastu klu gg rosak,mesti kne gromming..erkk..time tu la rase menyesal dtg sekolah klu nurse dtg kelas,pgg kad kuning..adehhh...
Klu korang nk tau, kita sepatutnya minum air kosong sebelum gosok gigi tau! bukan gosok gigi dulu. bangun pagi,pg dapur, terus minum air masak baru perut tu rasa fresh..jgn kau belasah nasi sejuk pepagi buta tu..Pandang air masak je okeh!
Sbb ape kne minum air sblum gosok gigi sbbbbb perut senang nk hadam makanan dan melegakan sembelit.

kepada sesiapa yang mengalami sembelit berhari-hari tu try lah petua dr.aza laniaz..(copy paste dr blog je nih..)
PASTI MUJARAB!(inshaallah) sebenarnya air liur basi dalam mulut kita ni boleh menjadi bahan untuk mencuci perut dengan berkesan.caranya begini :
Bangun pg dgn mulut yg busuk dgn muke toya,rambut mcm hantu kak limah,terus berjalan kedapur.Carik air suam,kau jgn gedik plak pergi carik coke dlm peti ais!Minum air suam dlm segelas..Klu nk minum bergelen2 pun ikut suke kau lah..Perut kau...muahaha..(actually makin byk minum air,makin bagus utk cuci perut tau).Jgn lupe sblum minum, salawat dulu 3kali.baca bismillah. Mase korang minum air suam tu,kumuh-kumuh then terus telan..jgn buang.walaupun kau rase geli takpe.alah!bkn air kumuhan orng lain pun kannn..Dh minum boleh la tarik towel.msuk bilik air mandi!

Selain daripada menggalakkan pembuangan bahan perkumuhan ia juga dapat memberi tenaga di permulaan hari dan boleh mengdetoxkan badan daripada toksik yang bermaharajarela di dalam badan korang tau!


Friday 23 November 2012

update preparation

Assalammualaikum wbt,

Bulan dpn dh musk December.cepat kn masa berlalu..pastu dh nk kawen..owhh!tak snggup MAK! Mari2 cte skit pasal progress preparations..
last 2 week(klu tak silap) jumpe my wedding planner (WD). Kali ni die nk tunjuk kain utk buat baju..huh!neves rase...eh,takde motif nk neves lah.. then finalize bnde yg ptut..

  1. Puas hati dgn kain yg dibeli..mmg ikut tema la..which is,nk songket..so,songket la dibeli..kuning and blue. For bj nikah putih.OK.Puas hati.(pic upload later).
  2. Bekas Telur.simple.senang.tak menyusahkan.nk nk kekal kn tradisi..kekonon nya...haha...bekas telur separate utk guess n vvip. For guess,bekas telur berasakan dawai(pic update later) color gold. For Vvip maybe gune beza skit,bekas kaca.(pic upload later). For guess tu,mak aku beriya2 nk bekas yg dawai,sbb die berkenan bekas telur aku bwk blk time g kwn kawen.siap simpan contoh ok.klu blh nk sebijik..alahai mak.dh berzaman kot bnde tu..kwn aku tu pun dh ade anak sorang dh..haha
  3.  Pelamin.Dh finalize.tp keesok kan nye ade lg design baru WD buat..alahai..pening aku...lantak lah hai..kot tak berkenan aku REJECT...but,make sure tak lari tema.
  4. Baju family.tema:ligth blue maybe.kain kne crik sndiri.pastu bg WD utk buat bj utk mak n ayah jer..adi beradik n sedara mara,bg kain.ikut suke kau nk buat cane.jgn kau tak berjahit suda..
  5. Khemah.settle.cume nk sewa DOM n tmpt letak laukk..WD crik smpi dpt.aku dh byr kau mahal2.malas nk crik.mmg aku BELASAH...
  6. Mini pelamin n deco bilik pengantin n deco hantaran.dh settle. 
ok.tuje update.belah laki dh start lg ni..adehh... *pitam MAK!

kain kuning=malam berinai.biru=sanding nikah=rahsia dik non!


bekas yg menjadi idaman MAK aku

xyh lah rahsia sgt...ni ha kain nikah..haha

Wednesday 21 November 2012

ku ke beijing...

Assalammualaikum wbt,

Aku ni bulan 6 nk kawen,org kate dh bleh la simpan duit utk kawen..xyh la nk joli menjoli ni..tp,aku mcm tak ade perasaan je pasal tu..rezeki ade dimana2..cewah2...bongkak2...muahhahahaa... Dgn itu,pada bulan December ni,aku akn terbang ke BEIJING.mesti la melancong...kau tgk!!nk kawen ni,sempat lg nk ke sane ke mari bagai...ok.sedapkn hati,lps blk beijing takmau g memane...fokus pada preparations..kot ye.. muahha....

Waktu pg sane time winter..so harus la bwk baju tebal2 supaya tak kecut die sana..dan duit kuar bagai AIR utk membeli sweater,boots dan etc...kuikuiikui.. nk berholiday tmpt sejuk2 ni actually kos die BESAR skit.sbb nya dkt malaysia tak iklim mcmtu..if beli sweater tebal2, pastu blk nk bwk g mne pki baju2 tu?bwk pg soping mall?sah2 orng kate kau gila! So, dr kau memalukn diri sndiri.kau g la jual dkt bundle..dpt jgk duit tu..huhu

holiday kali ni,aku dgn rela hati membawa adik kesayangan..yela..lps2 ni nk g holiday buat ape nk bwk die..baek bwk laki aku..hahahahaa...kbai..

Adam&Hawa Posting

Assalammualaikum wbt.

Tepat kul 10,setiap hari dr isnin-khamis WAJIB layan adam hawa..sblum tu layan master chef dlu..tu lah aktivity harian aku lps blk keje..pastu tido pengsan smpi pg..

Klu tgk adam hawa je mesti aku nk paneh hati,pasal AIN HAWANI tu degil nk MAM??!buat malu pompuan wey..ego bapak kemain mengunung...cube2 la turun kn EGO kau tu skit.tu nasib baekk si ADAM tu kemain baek dgn kau..blh tunggu bertahun2,pastu still lg tak leh terimaa..klu aku jd ADAM tu,mmg tak peduli dh engkau rasenye..ntah2 dh diceraikn talak 3!wakakaka..kemain jahat kau azni!choi!

 mara-mara pun aku tgk gak cte adam hawa ni..pastu update status dkt FB.pastu orng naik meyampah..ehh,cantikk skit..klu tak suke sy,aku bleh unfolow sy..eh unfriend sy!muahahahaa..

Story die mmg sebijik ikut dlm novel. cume dlm novel, time AIN tu blk umrah die pki tudung proper,tp dlm cte selendang je die pki..owh..i dont like..kuikuiikuiikui.. rimas plak aku tgk si AIN tu berselendang2 bagai..muahaha tu je la tak berkenan dihatinyaa...

*btw,aku siap repeat novel adam hawa ni,sbb lupe jln cte die..muhhahaa...tgk,kemain obses lg aku dgn cte nih..haha..

promote skit adam hawa


Thursday 15 November 2012

Istanbul aku datang

Assalammualaikum wbt.

Hye semlm pg tgk ISTANBUL AKU DATANG...bersama dgn A.haha..blh tak nk tiru si dian tu mention her BF dkt dlm blog die?erk..takde motif... buekk

not bad la,dr aku tgk AKU TERIMA NIKAHNYA..mcm nk kuar panggung je,tgk movie lain..bapak busan wey..cte standard drama2 je..pastu pengaruh2 aku suh pg pulau burung dkt PD..(oii..mmg takla..tu bkn pengaruh..kau yg gedik mak jemah nk pg sane)..

dlm cte IAD nih,aku agak tak berkenan dgn Tomok..pasal,muke die nmpk sgt bdk2 wey..tp mmg ok gak la die pgg watak tu,sbb nmpk sesuai..tak kn la nk suh aaron aziz plk pgg watak tu kn..(kau tak abis2 aaronnnn.)dan aku teringin plk nk pg Instanbul..sbb view die cantik..mcm best jee klu pg berdua dgn bakal somi..eceh2..mula verangan dh..

dan 1 lg aku tak suke time bile tomok pujuk si GF die dkt restoran.port dh nice tp time pujuk memujuk tu aku mcm ishh...blh tak kau pujuk dgn cara2 gentleman skit mcm aaron aziz tu..(tak abissss lg nk puji...eeee).tak usah la nk terbalik kn spek bagai..mcm badutt tau??ehh,emo plak aku.pehal?!

dan, helmet dierong aku mmg nk tergelak..takde helmet lg comel dr yg itu?wakakaka..aku nih semua nk complaint..eh bguss ape..mne tau pengarah die terbaca plk blog aku ni,haaa..blh la dier perbaikii mutu perfileman die tu..(oii..plss lah azni oi..kau ni dh blh di categorikan sbagai orng 50% tak btul...buekk)ade aku kisah..haha..

bg 3 stgh star je la dr 5 star dkt kau IAD..kbai.. btw,view rumah sewa dian tu nice.sofa biru...cntik!mula lah aku berangan nk beli set bilik color biru..melampau lah tu..

kali ni tak amk gmbr dkt poster.sbb.......MALAS
p/s:tgk cte adamhawa br pasan gg aaron tu tak la teratur sgt..dpn die senget jgk..senget2 pun handsome..so,aku tak payh lah kau excited sgt nk btulkn gg pki gg besi bagai azni..gg senget pun nmpk nice ape!haha..sedapkn hati..hakikat nye smpi ketua gg kau akn mcm ni azni oi...

Salam Maal Hijrah 1434 H

Assalammualaikum wbt

Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".


HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.


Selamat Tahun Baru.

Happy Dewali

Assalammualaikum w.b.t...

Happy depavali.utk pengetahuan semua,tiap2 thn mmg aku akan sambut..actually tak de la sambut mane pun..just dtg umah dierong, makan2 chit chat.

Actually family atuk(belah ayah)indian..So, klu dtg nye depavali,mmg kiteorng akn pg rumah family belah atuk nun..klu raya pun dierong akan dtg rumah kiterong utk meraikan nya..mcm tu lah.n we are 1 malaysian rite??!so tak salah klu kite nk meraikan kn nye..tp jgn lah kau over sgt..orng tu bg kau BEAR kau belasah..mmg nk mamm name nye!!huh..

klu aku dtg,mmg maruku je la aku crik..kuih2 lain seyes ckp,tak sodap..mmg tak pandang la aku..haha..then,mintak tapau skit maruku tu..smbil tgk tv mkn,mmg laayan..ibarat kn tgk movie mkn popcorn..puiiii....

kate depavali,harus lah ikut tema uolls..tp muke mcm vampire.wahahaha

adik aku nih mmg over skit.bersari2 bagai.

Wednesday 14 November 2012

Unit

Assalammualaikum wbt..

sy nk bgtau,sy dh kne tukar department..dr Network Unit ke Development Unit.
Dlu position sy Junior System Administrator, tp nanti jd System Analyst..Blh ke sy buat keja baru sy ni?sy tkut...tkut orng aspect sy tinggi,lps tu tak delivered mati kne hemtamm..adehhh...dlm masa sama sy syg nk tggal kan Network Unit. sbb dr Network sy blaja semua bnde..dr taktau pape,hingga la sy suke semua server yg adee..(ehh..tipu2)..Dr tak minat,jd minat.. 

sy harap position baru sy ni best..stresss tu sudah pasti la..tp tak salah kn blaja bnde baru.sy harap,sy x menghampa kan semua orng...sekian terima kasih...


*waktuskgbaruselesaihandoversemuabndedktbdknetwork.rasesedihhdoh....

Thursday 8 November 2012

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Assalammualaikum wbt,

Saya ingin berkongsi tips berguna dan sangat praktikal jika diamalkan bagi menjalani kehidupan seharian kita yang penuh dengan ujian dan dugaan. Tips ini ditulis oleh Randy Pausch, seorang pensyarah Sains Komputer di Mellon University, sebelum ia meninggal dunia pada usia 47 tahun akibat kanser pankreas pada tahun 2008. Nota “Panduan untuk hidup lebih baik” (Guide to a better life) ini ditulisnya untuk diamalkan oleh isterinya yang bernama Jai dan anak-anaknya yang bernama Dylan, Logan, dan Chloe. Nota ini akhirnya menjadi best seller pada tahun 2007.
Mari kita ikuti panduan dan tips sejagat yang beliau tinggalkan, bukan saja untuk familinya tetapi untuk kita semua. Semoga bermanfaat jika dihayati dan diamalkan….

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:
1. Don’t compare your life to others’. You have no idea what their journey is all about.
2. Don’t have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don’t over do; keep your limits
4. Don’t take yourself so seriously; no one else does
5. Don’t waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don’t remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate others.
10. Make peace with your past so it won’t spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.


Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.


Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.



*copy paste dr google.sy rase setiap point yg diberikan sgt bernas.. -Randy Pausch

Wednesday 7 November 2012

Dr suami kepada isterii

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku

p/s:copy paste dkt google,zahiril adzim buat utk isteri die shera ayob..pehhh!!!nangessss......so sweett weh

Friday 2 November 2012

World Of Tambun Here I Come.....

Assalammualaikum wbt,

owhh..tetibe ngntuk....adehhh..takde mood nk update..(tipu2)...

owh ye,nk bgtau, bsk pg family day!!yahuuuuu..Thn ni di TAMBUN ye adik2 abg2 kakak2..haha..excited gilee..

Tu je nk Bg tau..kbai.

*jgn jelessss..haha